BERITA SEMASA

Farm Fresh tampil iklan Raya muzikal ‘Bersama Semoola’

KUALA LUMPUR – Pengeluar produk tenusu tempatan terbesar negara, Farm Fresh melancarkan iklan raya terbaharu berjudul Bersama Semoola.

Iklan berdurasi 12 minit itu mengangkat kisah persahabatan, pertemuan semula serta keberanian untuk memulakan semula perjalanan hidup, di samping menggabungkan unsur jenaka dan emosi dalam sebuah kisah perayaan yang menghiburkan serta menyentuh hati.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal berkata, Bersama Semoola mengisahkan empat bekas anggota band era 70-an yang cuba membuat kemunculan semula dengan lagu Raya baharu.

Jelasnya, melalui gelak tawa, muzik serta emosi yang belum terlerai, mereka mengeratkan kembali hubungan dan menemui semula keberanian untuk bermula semula.

“Tahun ini Farm Fresh membawa satu lagi karya yang lain dari yang lain. Filem pendek kami, Bersama Semoola, ingin mengangkat kisah ringkas tentang persahabatan, keluarga.

“Selain itu ia menekankan bagaimana muzik itu mempunyai cara tersendiri untuk menyatukan kenangan lama, melalui filem pendek kami, dan lagu OST kami yang telah dimainkan di radio dan Spotify,” katanya.

Iklan berkenaan dibintangi Khir Rahman bersama Dboy Hamdan, Monrasli Aswad serta Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh, Azmi Zainal yang turut memegang peranan penting di layar sebagai salah seorang anggota kumpulan empat sekawan yang menjadi tunjang cerita.

Bersama Semoola mengisahkan empat bekas anggota band era 1970-an yang cuba membuat kemunculan semula dengan sebuah lagu Raya baharu.

Melalui gelak tawa, muzik dan emosi yang masih belum terlerai, mereka mengeratkan kembali hubungan selain menemui semula keberanian untuk bermula kembali.

Selain itu, ia turut meraikan nilai kebersamaan, keluarga serta kekuatan untuk merapatkan semula hubungan, selain turut menampilkan kisah hubungan antara seorang ayah dan anak perempuannya.

Walaupun banyak filem perayaan memberi tumpuan kepada dinamika keluarga tradisional, Bersama Semoola mengetengahkan persahabatan yang akhirnya menjadi keluarga.

Ia juga menampilkan watak berusia sebagai teras penceritaan, sekali gus membuktikan minat dan semangat tidak pernah luput, sebaliknya boleh dinyalakan kembali.

Bersama Semoola diilhamkan daripada jenaka dan keunikan karya Mamat Khalid menerusi ‘Rock Ooo’, dengan gabungan elemen nostalgia serta gaya muzikal sinematik.

Bersama Semoola kini boleh ditonton di YouTube, TikTok dan Facebook.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button