Farm Fresh raih Anugerah Platinum kali kelima di Putra Brand Awards 2025
KUALA LUMPUR – Farm Fresh Berhad terus mengukuhkan reputasinya sebagai jenama tenusu paling dipercayai di negara ini apabila meraih Anugerah Platinum dalam kategori Minuman-Tenusu buat kali kelima berturut-turut pada Putra Brand Awards 2025.
Kejayaan berkenaan sekali gus memperkukuh kedudukan Farm Fresh sebagai jenama yang kekal dekat di hati pengguna Malaysia, selari dengan tahap kepercayaan dan kesetiaan yang berterusan sejak kemenangan Platinum pertamanya pada tahun 2021.
Mengulas pengiktirafan tersebut, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Berhad, Loi Tuan Ee bersama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Azmi Zainal merakamkan penghargaan atas kepercayaan berterusan pengguna.
“Pengiktirafan ini amat bermakna buat kami. Kemenangan Platinum buat kali kelima berturut-turut mencerminkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama Farm Fresh,” katanya.
Putra Brand Awards yang diiktiraf sebagai platform pengiktirafan jenama berasaskan pengguna paling berprestij di Malaysia menilai jenama berdasarkan kepercayaan, pilihan dan pengalaman pengguna.
Pada tahun ini, lebih 52,000 maklum balas diterima secara sukarela, dengan pengundi memilih jenama kegemaran mereka berdasarkan pengalaman serta persepsi masing-masing.
Pencapaian tersebut mencerminkan keyakinan pengguna terhadap komitmen Farm Fresh dalam menawarkan produk berkualiti tinggi berasaskan bahan semula jadi tanpa pengawet, pewarna tiruan, perisa tiruan dan gula tersembunyi.

kemenangan.
Mengulas lanjut, Tuan Ee berkata, pihaknya turut menzahirkan penghargaan atas sokongan tidak berbelah bahagi yang membolehkan Farm Fresh terus berkembang sambil kekal setia kepada nilai-nilai jenama itu.
“Kami amat berterima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi yang membolehkan Farm Fresh terus berkembang sambil kekal setia kepada nilai-nilai kami.
“Kami akan terus berpegang kepada misi untuk membekalkan produk tenusu segar berkualiti tinggi serta memberi impak positif kepada alam sekitar dan masyarakat,” katanya.
Sebagai rekod, sejak ditubuhkan pada tahun 2009, Farm Fresh berkembang daripada sebuah ladang kecil dengan sekumpulan lembu tenusu yang diimport di Johor kepada operasi tenusu bersepadu sepenuhnya berkonsepkan “grass-to-glass”.
Pendekatan itu berteraskan janji untuk membekalkan produk tenusu segar berkualiti tinggi tanpa bahan tambahan tiruan.
“Hari ini, Farm Fresh menguruskan ladang tenusu di Malaysia dan Australia yang meliputi lebih 5,000 ekar tanah dengan lebih 13,000 ekor lembu tenusu.
“Portfolio produknya merangkumi lebih 220 produk di bawah pelbagai jenama, meliputi susu segar, yogurt, mentega dan ais krim,” katanya.

Inovasi kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan syarikat menerusi pelaburan berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), sekali gus membolehkan pengenalan produk seperti susu bebas laktosa, susu kurma, susu badam serta Farm Fresh Grow untuk kanak-kanak.
Penambahan terbaharu termasuk minuman coklat malt, ais krim, krim masakan, krim putar dan mentega turut mencerminkan usaha berterusan jenama itu memenuhi perubahan cita rasa pengguna.
Dalam aspek pengembangan serantau, Farm Fresh kini mengeksport produknya ke Singapura, Brunei, Filipina dan Kemboja, disokong oleh operasi pembuatan di Australia.
Fasiliti terbaharu di Filipina menandakan langkah penting dalam usaha membawa produk tenusu segar lebih dekat kepada pengguna di rantau Asia Pasifik.
Kemasukan ke pasaran Kemboja pada Ogos 2025 pula menerima sambutan positif dengan penembusan pantas ke saluran perdagangan utama di Phnom Penh, termasuk pasar raya dan rangkaian kafe.
Komitmen terhadap amalan pertanian beretika dan mampan turut menjadi teras identiti Farm Fresh apabila ladang-ladangnya di Malaysia menjadi yang pertama di Asia menerima pensijilan Certified Humane® Raised and Handled®, sekali gus menegaskan dedikasi terhadap piawaian kebajikan haiwan bertaraf dunia.
Inisiatif kemasyarakatan seperti Program Susu Sekolah yang dilaksanakan sejak sekian lama turut mencerminkan pendekatan berteraskan tujuan syarikat itu melalui pengagihan berjuta-juta pek susu kepada murid sekolah di seluruh negara, selain
menyokong rangkaian usahawan mikro.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















