BERITA SEMASA

FAM tamatkan kontrak CEO, ketua jurulatih Harimau Malaya

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan penamatan kontrak beberapa individu utama dalam struktur pasukan kebangsaan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan kebangsaan dan barisan kejurulatihan skuad senior serta Bawah 23 Tahun (B-23), menerusi persetujuan bersama.

Dalam satu kenyataan media, FAM memaklumkan kontrak CEO Pasukan Kebangsaan, Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob Friend, telah ditamatkan berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Pada masa sama katanya, kontrak Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan, Peter Cklamovski, bersama dua anggota staf teknikal skuad senior, Matthew Smith dan Seiya Imazaki, turut ditamatkan atas persetujuan bersama berkuat kuasa 16 Jun lalu.

“Kontrak Ketua Jurulatih Pasukan B-23 Kebangsaan, Nafuzi Zain serta jurulatih penjaga gol, Mohd Yazid Mohd Yassin turut ditamatkan berkuat kuasa pada 15 Jun lalu,” katanya hari ini.

Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend yang dikeluarkan Malaysia NT.
Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend

Menurut badan induk bola sepak negara itu, pihaknya menghormati keputusan yang dibuat dan merakamkan penghargaan atas jasa, komitmen serta sumbangan yang telah diberikan oleh semua individu terbabit sepanjang tempoh perkhidmatan mereka bersama pasukan kebangsaan.

Nafuzi Zain

FAM turut memaklumkan bahawa langkah-langkah sewajarnya sedang diambil bagi memastikan kelancaran hala tuju serta kesinambungan program pembangunan pasukan kebangsaan, termasuk proses pengisian jawatan-jawatan yang dikosongkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button