BERITA SEMASASUKAN
CAS tetapkan 26 Februari prosiding bersemuka dengan FAM, 7 pemain warisan Harimau Malaya
CYBERJAYA – Tarikh perbicaraan secara bersemuka antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama tujuh pemain warisan Harimau Malaya dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ditetapkan pada 26 Februari depan.
Tarikh sidang prosiding tersebut dipaparkan di laman web Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Mengikut maklumat yang dipaparkan, prosiding tersebut akan diadakan di ibu pejabat CAS di Lausanne, Switzerland.
Prosiding FAM dan pemain yang terlibat akan digabungkan dan didengari secara bersama.
Keputusan akhir dijangka diumumkan dalam tempoh beberapa minggu selepas tamat perbicaraan.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








