
JENAYAH & MAHKAMAH
Faisal Halim melecur tahap 2 di leher, bahu, lengan, dada
KUALA LUMPUR – Pemain Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid mengalami kelecuran tahap dua di beberapa bahagian tubuh iaitu di sekitar leher, bahu, lengan dan dada.
Menurut EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi, pemain sayap itu kini berada dalam keadaan stabil.
“Saya mengecam tindakan kekerasan seumpama ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan membawa pelaku ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut mendoakan supaya Faisal diberikan kekuatan dan sembuh segera.
Petang tadi, pemain kebangsaan itu disimbah asid di sebuah kompleks beli belah.
Sehubungan itu, beliau dibawa ke sebuah hospital di Petaling Jaya untuk rawatan lanjut.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







