KEMENTERIAN KOMUNIKASI

Fahmi tinjau persiapan akhir sambutan Hari Kebangsaan 2026

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil meninjau persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya pada pagi ini bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar menjelang acara kemuncak pada 31 Ogos ini.

Beliau hadir bagi menyaksikan raptai kali ketiga yang melibatkan pelbagai kontinjen dan peserta yang akan menjayakan sambutan berkenaan.

Turut diberi perhatian ialah aspek penyelarasan persembahan, perbarisan serta pengurusan logistik bagi memastikan setiap segmen dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

Raptai tersebut merupakan antara persediaan penting sebelum raptai penuh yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu sebagai persiapan terakhir menjelang sambutan sebenar.

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 dijangka menampilkan beberapa kelainan termasuk penampilan sulung Johor Military Force (JMF) dalam perbarisan rasmi.

Selain itu, orang ramai turut berpeluang melihat pelbagai aset ketenteraan dan kepolisian yang akan dipamerkan secara statik di beberapa lokasi sepanjang sambutan berlangsung.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button