BERITA SEMASA

Fahmi Fadzil rakam ucapan takziah atas pemergian Karam Singh Walia

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas wartawan penyiaran terkenal, Datuk Karam Singh Walia, yang disifatkan sebagai figura berpengaruh dalam dunia kewartawanan negara.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Fahmi berkata pemergian mendiang meninggalkan kesan mendalam khususnya dalam bidang penyiaran, dengan gaya penyampaian berita yang unik dan sukar ditandingi.

“Sesiapa sahaja yang menonton Buletin TV3, khususnya dari era 90-an hingga sekitar tahun 2014, pasti cukup mengenali penampilan beliau yang begitu sinonim dengan pantun yang mengakhiri setiap laporan… satu identiti unik yang kekal dalam ingatan ramai,” katanya.

Sementara itu Fahmi berkata, beliau antara yang mengikuti laporan disediakan mendiang dan amat menghargai dedikasi serta sumbangan besar yang diberikan sepanjang kerjaya dalam dunia penyiaran.

Fahmi dalam masa sama merakamkan ucapan takziah kepada adik mendiang, Jasbant Singh, yang juga Pengarang Urusan Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad, serta seluruh ahli keluarga atas kehilangan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button