
BERITA SEMASA
Enam terbunuh kemalangan libatkan tiga kenderaan di Ayer Keroh
AYER KEROH – Enam individu dilaporkan maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Ayer Keroh menghala Simpang Ampat, malam tadi.

Kemalangan pada kira-kira pukul 8.40 malam itu melibatkan sebuah bas yang membawa 27 penumpang, sebuah treler dan dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima.
Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas berkenaan serta lima penumpang termasuk kanak-kanak yang menaiki sebuah MPV.
Kemalangan tersebut turut menyebabkan aliran trafik sesak hingga berlaku kelewatan selama empat jam.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








