BERITA SEMASADALAM NEGERI

Empat rumah di Senawang alami rekahan, tiga keluarga dipindahkan

SENAWANG — Empat buah kediaman di Taman Pinggiran Senawang mengalami kerosakan struktur apabila bahagian hadapan rumah terbabit dilaporkan merekah dan runtuh dalam kejadian semalam.

Balai Polis Senawang memaklumkan, hasil pemantauan awal di lokasi mendapati kejadian berkenaan disyaki berpunca daripada pemendapan tanah. Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.

Menurut kenyataan itu, tiga keluarga terpaksa dipindahkan sementara sebagai langkah keselamatan berikutan keadaan struktur yang tidak stabil.

Dalam kejadian berkenaan, rumah pertama mengalami runtuhan serius di bahagian hadapan melibatkan beberapa ruang selain menyebabkan kerosakan kepada dua buah kenderaan.

Salah sebuah kediaman yang terjejas teruk dalam kejadian runtuhan struktur di Taman Pinggiran Senawang, petang semalam.

Rumah kedua pula mengalami kerosakan pada bumbung serta runtuhan di kawasan parkir, manakala rumah ketiga dan keempat dilaporkan mengalami rekahan pada struktur hadapan masing-masing.

“Anggota polis telah menjalankan pemantauan di lokasi, memberikan nasihat keselamatan kepada mangsa serta mengarahkan mereka mendapatkan khidmat dan rujukan daripada pihak berkaitan.

“Pihak bomba turut menjalankan pemeriksaan awal dan menasihatkan mangsa supaya berpindah sementara. Tali keselamatan larangan masuk juga telah dipasang di kawasan runtuhan,” menurut kenyataan itu.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Selain pihak polis, pemantauan turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Majlis Bandaraya Seremban. Kejadian itu turut mendapat perhatian Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ MK Ibrahim dan Penyelaras DUN Paroi, Hisyam, yang hadir ke lokasi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button