LUAR NEGARA

Tragedi bangunan runtuh di Filipina: Angka korban meningkat, 18 masih hilang

MANILA – Angka kematian dalam insiden bangunan runtuh yang sedang dalam pembinaan di Bandar Angeles, Pampanga, utara Filipina, meningkat kepada dua orang.

Menurut laporan portal media tempatan ABS-CBN, perkembangan terbaharu itu disahkan melalui maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Bandar Angeles (ACDRRMO) pada pukul 3.00 pagi tadi waktu tempatan.

Agensi itu memaklumkan bahawa daripada 47 mangsa yang terjejas, seramai 26 orang berjaya diselamatkan manakala baki 18 mangsa masih hilang.

Kematian meningkat kepada dua orang selepas pasukan kecemasan mengeluarkan seorang mangsa lelaki daripada runtuhan pada tengah malam.

Anggota penyelamat segera melakukan bantuan kecemasan CPR dan mangsa dihantar segera ke hospital berdekatan namun disahkan meninggal dunia sejurus tiba.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan lebih 24 jam sejak runtuhan bangunan pada 3 pagi Ahad.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button