LUAR NEGARA

Empat maut insiden tikam di stesen kereta api Taipei

TAIPEI – Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala lima lagi cedera apabila seorang penyerang bersenjatakan pisau bertindak melulu menikam orang ramai di dua buah stesen kereta api bawah tanah di bandar raya ini, hari ini.

Laporan Reuters yang memetik sumber keselamatan berkata, penyerang yang hanya dikenal pasti sebagai Chang itu turut maut setelah terjatuh daripada sebuah bangunan ketika cuba melarikan diri.

Suspek turut dilaporkan melepaskan bom asap di stesen kereta api utama Taipei, sebelum melarikan diri ke sebuah stesen kereta api bawah tanah berhampiran kawasan beli-belah yang sibuk sambil menyerang orang awam di sepanjang laluan.

“Kami akan menyiasat latar belakang suspek dan hubungan berkaitan untuk memahami motif serta menentukan sama ada terdapat faktor lain yang berkait,” kata Perdana Menteri Taiwan, Cho Jung-tai dalam satu sidang media susulan kejadian tersebut.

Beliau turut memberitahu, suspek mempunyai rekod jenayah lampau serta waran tangkap yang masih berkuat kuasa, dan rumahnya telah digeledah.

Selain bom asap, suspek dipercayai memiliki barangan lain seperti bom petrol yang kelihatan telah terbakar di lokasi kejadian, dan dia juga memakai apa yang kelihatan seperti perisai badan serta topeng.

“Kelihatan dia sengaja membaling bom asap dan menggunakan pisau panjang untuk melakukan serangan rambang terhadap orang awam,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button