BERITA SEMASAPOLITIK

DUN Sabah belum dibubar, tumpuan pertemuan Anwar-Musa pada pembangunan negeri

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak menjadi agenda dalam pertemuan beliau dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman hari ini.

Anwar berkata, keputusan berhubung pembubaran DUN terletak sepenuhnya di tangan Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

“Perbincangan kami lebih tertumpu kepada pembangunan Sabah serta usaha memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, antara perkara yang dibincangkan termasuk sektor minyak dan pelbagai bidang lain yang mendapat perhatian kepimpinan negeri, dengan matlamat menangani isu utama serta mencari ruang penambahbaikan demi kepentingan rakyat Sabah.

Kunjungan hormat itu merupakan yang pertama oleh Anwar kepada Musa sejak pelantikan bekas Ketua Menteri sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.

Sebelum ini, timbul spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran awal DUN Sabah susulan pertemuan antara Perdana Menteri dan Yang Dipertua Negeri hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button