BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Dua syarikat di Pasir Gudang cemar alam sekitar didenda lebih RM300,000

JOHOR BAHRU – Dua syarikat di Pasir Gudang dekat sini didenda lebih RM300,000 selepas didapati bersalah membuang sisa industri oleh Mahkamah Sesyen di sini baru-baru ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataannya semalam berkata, kedua-dua syarikat berkenaan mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

Bagi kes pertama, Iffco Malaysia Sdn. Bhd. didakwa melepaskan efluen perindustrian melebihi piawaian ditetapkan bagi parameter pepejal terampai dan besi di kawasan Sungai Buluh pada 11 November 2024.

“Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM245,000 ke atas syarikat tersebut,” jelas kenyataan itu.

Dalam kes berasingan, Kiswire Cord Sdn. Bhd. turut didapati bersalah atas kesalahan sama selepas melepaskan efluen perindustrian melebihi had ditetapkan bagi parameter mangan dan boron di Sungai Pelawan pada 11 Oktober 2022.

Syarikat itu dikenakan denda RM65,000.

Sehubungan itu, JAS menegaskan pihak industri wajib mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan berkaitan.

“Kegagalan mematuhi undang-undang boleh menyebabkan tindakan pendakwaan diambil termasuk ke atas pengarah syarikat,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button