Dua maut terjatuh dalam ruang sempit kapal tongkang di Sibu
SIBU – Dua kru kapal tongkang disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam ruang sempit berisi air di dalam kapal tersebut di Lorong Lanang 61, di sini pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.21 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Central digerakkan ke lokasi.
“Kedua-dua mangsa dipercayai terjatuh ke dalam lubang berisi air sedalam 12 kaki. Pasukan penyelamat berjaya membawa keluar mangsa menggunakan tali,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, kedua-dua mangsa lelaki berusia 48 dan 55 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.
Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








