Dua kru pesawat Cessna terselamat
TANJUNG MALIM – Dua kru pesawat ringan model Cessna 172 yang terhempas di Felda Gunung Besout 2 Tambahan dekat sini disahkan selamat.
Kejadian pada pukul 9. 30 pagi itu melibat seorang jurulatih penerbangan iaitu Kapten Shahrul Imran, 26, dan pelatih, Le Ho Jia, 20.
Dalam nahas berhampiran ladang Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (PAIPk) itu, Shahrul mengalami patah paha kiri manakala Ho Jia cedera pada bahagian muka.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilkan mengenai pesawat Layang-Layang Flying Academy itu pada pukul 9.46 am.
Susulan itu katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim dikerahkan ke tempat kejadian.
“Kedua-dua mangsa yang cedera dalam nahas pesawat latihan ini telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Malaysia Tribune sebelum ini melaporkan sebuah pesawat ringan dari jenis Cessna terhempas di kawasan semak di Felda Gunung Besout 2 Tambahan yang ditemui orang awam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








