Garisan berkembar tiba-tiba ‘muncul’ di lokasi nahas 15 pelajar UPSI
KUALA LUMPUR – Lokasi kemalangan maut di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini telah dicat semula dengan garisan berkembar bagi tujuan keselamatan.
Melalui satu video yang tular di media sosial, garisan tersebut dilihat baru sahaja diturap semula di kawasan yang dikenali sebagai laluan FT004.
“Betul jalan ini turun bukit dan memang curam. Tiba-tiba ada ‘line’ jalan baru,” katanya individu dalam rakaman video itu.
Terdahulu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan lokasi nahas tersebut termasuk dalam perancangan kerja-kerja baik pulih jalan raya yang akan dilaksanakan tahun ini, melibatkan peruntukan sebanyak RM55 juta.
“Laluan FT004 yang menghubungkan Gerik ke Jeli merupakan antara laluan kritikal yang dikenal pasti untuk ditambah baik bagi menjamin keselamatan pengguna.
“Pada Jun 2023, peruntukan awal sebanyak RM30 juta telah diluluskan untuk pembinaan semula sebahagian laluan tersebut, manakala tambahan RM30 juta lagi diperuntukkan oleh Perdana Menteri pada Ogos bagi tujuan penaiktarafan menyeluruh.
“Peruntukan ini digunakan untuk pelaksanaan kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di beberapa seksyen penting FT004 yang dikenal pasti berisiko tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.
Laluan Gerik-Jeli yang menghubungkan Kelantan dengan Perak itu kini berada dalam perhatian pihak berkuasa susulan tragedi yang menggemparkan negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








