BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Dua anggota polis disyaki rasuah RM635,000 direman

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan reman dua anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM635,000 atas balasan tidak mengambil tindakan ke atas aktiviti perjudian.

Perintah reman selama tujuh hari terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Mohammad Izham Mohd Aliyas selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam dua pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat meminta dan menerima wang rasuah sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang individu di atas kesalahan aktiviti perjudian.

“Kedua-dua suspek dipercayai telah menerima wang rasuah secara tunai,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi (TPO) SPRM Johor, Hairul Ilham Hamzah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button