Dr Ruban mahu ‘rawat’ DUN Paloh
KLUANG – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, Dr Ruban Arumugam ingin meluaskan khidmatnya dengan membantu menyelesaikan ‘penyakit yang lebih parah’ di kawasan berkenaan.
Bermula sebagai doktor yang merawat pesakit, Dr Ruban sudah mengenal pasti isu setempat yang memerlukan penyelesaian segera seperti kekurangan peluang pekerjaan, penghijrahan anak muda dan pembangunan ekonomi perlahan.
Beliau berkata, penghijrahan anak muda Paloh ke kawasan luar seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Johor Bahru kerana kekurangan peluang pekerjaan memerlukan penyelesaian kerana keadaan itu menyebabkan ramai ibu bapa dan warga emas terpaksa tinggal bersendirian, lapor FMT.
Meskipun belum bergelar ‘Yang Berhormat’, Dr, Ruban, 42, sudah memulakan insiatif berbincang dengan syarikat swasta untuk mengembangkan operasi di Paloh.
“Saya sudah berbincang dengan beberapa kilang dari Batu Pahat untuk membuka operasi di Paloh supaya lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan,” katanya, hari ini.
Pernah berkhidmat di hospital kerajaan dan swasta, Ruban dikenali masyarakat setempat melalui khidmatnya yang membuka klinik di Kluang dan Paloh sejak lebih empat tahun lalu.
Beliau juga aktif menganjurkan pelbagai program termasuk ekspo kesihatan yang mendapat sambutan penduduk.
Ruban yang juga ahli jawatankuasa DAP Johor mahu menumpukan usaha meningkatkan kualiti jalan raya bagi memastikan keselamatan pengguna lebih terjamin terutama bagi laluan Paloh ke Kluang dan Yong Peng.
Beliau turut melihat potensi besar sektor agropelancongan di Paloh yang terkenal dengan hasil sawit dan durian.
DUN Paloh menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Dr Ruban, penyandang, Lee Ting Han daripada Barisan Nasional (BN), G Kamaleswaran (Bebas) dan D. Jeevakumar (Perikatan Nasional).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















