Dr Mahathir dibenarkan pulang, tidur di rumah
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan “home leave” iaitu pulang dan tidur di kediaman beliau selepas sebulan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Menurut Pegawai di Pejabat Dr Mahathir, Sufi Yusoff, beliau dibenarkan berbuat demikian sejak dua hari lepas.
Bagaimanapun katanya, di sebelah siang pula, Dr Mahathir perlu pulang ke IJN untuk meneruskan rawatan dan pemerhatian pihak perubatan
“Setakat ini, pasukan perubatan di IJN berpuas hati dengan tahap kemajuan pemulihan kesihatan serta tindak balas Dr Mahathir terhadap langkah-langkah perubatan dan fisioterapi.
“Walaupun dibenar pulang ke rumah secara berperingkat Dr Mahathir tetap berada dalam pemantauan pasukan perubatan IJN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu katanya, pakar perubatan masih menasihat Dr Mahathir tidak menerima pelawat selain keluarga terdekat buat masa ini.
Katanya, Dr Mahathir, isteri serta keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa bertanyakan tentang keadaan kesihatan beliau dan yang mendoakan kesihatan serta kesejahteraan beliau.
Bulan lalu, Dr Mahathir telah dimasukkan ke IJN bagi rawatan patah tulang pinggul kanan setelah terjatuh dikediamannya di The Mines.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







