BERITA SEMASA

Dewan Sri Ehsan tampil gah di Port Dickson, tawar pakej kahwin lengkap serendah RM7,888

PORT DICKSON – Dewan Sri Ehsan Wedding and Event Hall yang mampu menampung sehingga 1,500 tetamu dirasmikan pembukaannya hari ini dengan sasaran menjadi antara lokasi utama penganjuran majlis perkahwinan dan acara korporat di Negeri Sembilan.

Ketua Pegawai Eksekutif Ehsan Group, Datuk Abdul Hamid P.V. Abdu berkata, pembinaan Dewan Sri Ehsan merupakan sebahagian daripada usaha syarikat memperluaskan perkhidmatan hospitaliti dan pengurusan acara yang ditawarkan kepada pelanggan.

Menurutnya, dewan berkonsepkan tanpa tiang itu menyediakan ruang yang lebih luas dan selesa kepada pengunjung selain mampu memenuhi keperluan pelbagai jenis majlis.

“Dewan ini boleh memuatkan kira-kira 700 tetamu secara duduk serentak dan sehingga 1,500 orang bagi majlis yang dijalankan secara berperingkat.

“Kita mahu menyediakan kemudahan setanding hotel dengan harga yang lebih kompetitif supaya lebih ramai masyarakat dapat menikmati kemudahan ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian dan hari terbuka Dewan Sri Ehsan di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Ehsan Group, Datuk Abdul Hamid P.V. Abdu. Foto – Hafiz Malaysia Tribune

Beliau berkata, lokasi strategik Port Dickson sebagai destinasi pelancongan terkenal memberi kelebihan kepada dewan tersebut untuk menarik pelanggan dari luar Negeri Sembilan termasuk Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.

Sementara itu, Pengurus Hotel dan MICE Ehsan Group, Ahdirfa Hishar berkata, sempena pembukaan rasmi dewan berkenaan, pihaknya menawarkan pakej promosi khas bagi tempahan majlis untuk tahun 2026 dan 2027.

Menurutnya, pakej yang ditawarkan bermula serendah RM7,888 merangkumi sewaan dewan, kerusi dan meja, sistem audio lengkap serta pelamin eksklusif yang dikenali sebagai Mahligai Pelamin.

“Kami turut menyediakan pilihan pakej katering mengikut keperluan pelanggan iaitu bagi 500, 800 dan 1,000 tetamu.

“Pelanggan yang membuat tempahan sepanjang program hari terbuka ini hanya perlu membayar deposit RM500 untuk menetapkan tarikh majlis mereka,” katanya lagi.

Tambah beliau, pelanggan yang membuat tempahan pada hari pelancaran turut menerima pakej bulan madu percuma di Ehsan Seaview Hotel Port Dickson yang merangkumi penginapan di Honeymoon Suite, sarapan pagi dan makan malam romantik.

Menurut Ahdirfa, pihaknya optimis Dewan Sri Ehsan mampu menjadi pilihan utama pasangan pengantin serta penganjur acara korporat berikutan kelengkapan moden dan perkhidmatan menyeluruh yang ditawarkan.

Hari terbuka yang berlangsung sepanjang hari ini turut dimeriahkan dengan penyertaan pelbagai vendor perkahwinan dan katering yang menawarkan sesi percubaan makanan kepada bakal pelanggan serta pengunjung.

Untuk maklumat lanjut dan tenpahan sila hubungi 016-2544288 (En.Ahdi)

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button