BERITA SEMASA

Desakan hapuskan matrikulasi boleh jejaskan kesejahteraan mahasiswa, cetuskan keresahan masyarakat – MPPK

PUTRAJAYA – Majlis Perundingan Mahasiswa Kebangsaan (MPPK) mengecam cadangan oleh Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) yang mendesak pemansuhan program matrikulasi untuk memasuki universiti awam (UA).

Desakan hapuskan matrikulasi boleh jejaskan kesejahteraan mahasiswa, cetuskan keresahan masyarakat - MPPK
Pengerusi MPPK, Muhammad Haykal Halid

Pengerusi MPPK, Muhammad Haykal Halid berkata, pemansuhan program berkenaan akan mengurangkan peluang akses pendidikan kepada sebahagian besar mahasiswa, sekali gus bercanggah dengan kepentingan pembangunan pendidikan negara.

Desakan hapuskan matrikulasi boleh jejaskan kesejahteraan mahasiswa, cetuskan keresahan masyarakat - MPPK
Pendidikan bukan mainan politik.

“Program matrikulasi telah terbukti menyediakan landasan efektif untuk melahirkan mahasiswa cemerlang dan menampung keperluan tenaga mahir negara.

“Kami mengecam sebarang desakan yang boleh menjejaskan kesejahteraan mahasiswa serta mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat,” katanya di sini hari ini.Desakan hapuskan matrikulasi boleh jejaskan kesejahteraan mahasiswa, cetuskan keresahan masyarakat - MPPK

Terdahulu, kira-kira 200 mahasiswa daripada 20 universiti berhimpun dalam satu perhimpunan aman di sini hari ini sebelum menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi mempertahankan program matrikulasi daripada sebarang cadangan pemansuhan.

Memorandum berkenaan diterima oleh Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Kepimpinan dan Jati Diri, Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa, Jabatan Pendidikan Tinggi, Asyraf Radzwan.

Desakan hapuskan matrikulasi boleh jejaskan kesejahteraan mahasiswa, cetuskan keresahan masyarakat - MPPK
Mahasiswa Universiti Malaya, Nur Akil Shamil Mohamed

Sementara itu, seorang mahasiswa Universiti Malaya, Nur Akil Shamil Mohamed, yang juga bekas mahasiswa pusat asasi, menyelar cadangan UMANY yang mendesak pemansuhan program matrikulasi.

Katanya, dakwaan bahawa silibus STPM jauh lebih mencabar berbanding matrikulasi tidak berasas kerana kedua-dua sistem penilaian berada di bawah seliaan Kementerian Pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013–2025).

Desakan hapuskan matrikulasi boleh jejaskan kesejahteraan mahasiswa, cetuskan keresahan masyarakat - MPPK
Wakil mahasiswa menyerahkan memorandum kepada KPT

“Malah, Program Mahasiswa Cemerlang Matrikulasi (PPC) turut menawarkan peluang mahasiswa melanjutkan pengajian ke luar negara termasuk ke United Kingdom dan Ireland, sekali gus membuktikan matrikulasi juga kompetitif serta diiktiraf di peringkat global.

“Tindakan UMANY ini seolah-olah meragui kredibiliti kerajaan, sedangkan mereka tiada kapasiti untuk berbuat demikian,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan cadangan pemansuhan itu boleh menyebabkan ribuan mahasiswa lepasan matrikulasi tidak mendapat tempat di universiti awam.

“Adakah itu keadilan yang cuba diperjuangkan? Hanya kerana seorang mahasiswa tidak mendapat universiti pilihannya, masa depan ribuan mahasiswa lain tidak wajar digadaikan.

“Seperti peribahasa Melayu, jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button