Sertai acara ratu cantik transgender, tindakan undang-undang diteliti – Dr Zulkifli
PUTRAJAYA – Penyertaan dalam pertandingan ratu cantik transgender di Bangkok, Thailand bukan sahaja bercanggah dengan nilai kesopanan masyarakat Malaysia, malah bertentangan dengan ajaran Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.
Dr Zulkifli berkata, tindakan tersebut sewajarnya dikecam kerana bertentangan dengan norma budaya tempatan serta nilai kesopanan dan kesusilaan masyarakat Malaysia.
Tegasnya, perbuatan menyerupai jantina yang berlawanan atau ‘tasyabbuh’, selain mempromosi gaya hidup transgender, adalah haram di sisi hukum syarak dan dilarang di bawah perundangan syariah di negeri-negeri.
“Penganjuran atau penyertaan dalam acara seumpama itu tidak pernah mendapat sokongan, kebenaran atau pengiktirafan daripada pihak berkuasa agama mahupun kerajaan.
“Sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan agar tidak mensensasikan atau mengagung-agungkan perkara yang bercanggah dengan syariat.
“Sebaliknya, semua pihak diseru bersama-sama mempertahankan nilai moral dan akidah ummah,” katanya dalam kenyataan.
Pada masa sama, pihak berkuasa agama juga akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi meneliti tindakan berasaskan peruntukan undang-undang sedia ada.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








