DBKL arah tiga premis makanan kotor dengan najis tikus ditutup
KUALA LUMPUR – Tiga premis perniagaan makanan diarahkan tutup selepas operasi pemeriksaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menemui najis tikus dan kawasan dapur dalam keadaan kotor dan berbau.
DBKL dalam kenyataannya berkata, sebanyak 35 kompaun dikeluarkan kepada pemilik perniagaan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Sepadu Bersih, semalam.
Operasi melibatkan premis makanan di Jalan Radin Bagus, Jalan Hujan Rahmat dan Radin Tengah di Seputih, GLO Damansara, Jalan Lang Kuning dan viva Mall Damansara di Segambut dan Jalan Development, Jalan Metro Perdana di Kepong.

Sebanyak 30 premis diperiksa dengan tiga premis dikenakan tindakan arahan penutupan yang mana satu daripadanya di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan dua lagi mengikut 28(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.
“Dalam masa sama, 35 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan Undang-undang Kecil Pengendali Makanan 1979,” kata kenyataan itu.
Kesalahan lain termasuk ketiadaan bukti suntikan tifoid dalam kalangan pekerja dan pengendalian pembuangan sisa tidak teratur.

| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







