
Datuk Bandar Shariff Aguak terselamat dalam serangan hendap
COTABATO CITY – Datuk Bandar Shariff Aguak di Maguindanao del Sur, Akmad Ampatuan, terselamat dalam satu serangan hendap terhadap kenderaannya, semalam.
Dalam serangan itu, kenderaan kalis peluru dinaiki Akmad turut mengalami kerosakan selepas dibedil dengan senjata RPG.
Akmad tidak mengalami sebarang kecederaan namun difahamkan dua pengawal peribadinya cedera.
“Datuk Bandar berada dalam keadaan selamat,” kata pembantu eksekutif datuk bandar, Anwar Kuit Emblawa, kepada pemberita, lapor Philippines News Agency (PNA).
Akmad sebelum ini pernah terselamat daripada dua cubaan membunuh dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Motif serangan terbaharu itu bagaimanapun masih belum diketahui.
Susulan kejadian, pihak keselamatan menjalankan operasi memburu tiga suspek yang disyaki terlibat.
Kesemua suspek difahamkan terbunuh dalam operasi pemburuan tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








