BERITA SEMASADALAM NEGERI

Pilihan raya datuk bandar sama dengan pilihan raya PBT- MKT

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razlan Rafii membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengenai kajian kebolehlaksanaan pilihan raya jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Razlan dalam kenyataannya di Facebook menyifatkan langkah itu seolah-olah menghidupkan semula cubaan untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau berkata kenyataan Hannah mengenai perkara itu bercanggah dengan pendirian awalnya semasa mula-mula dilantik ke portfolio itu.

Sebaliknya beliau menegaskan bahawa menegaskan kuasa melantik Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Agong dan tidak seharusnya dicampuri oleh ahli politik.

“Kuasa melantik Datuk Bandar adalah kuasa Tuanku Agong. Campur tangan orang politik dalam bidang kuasa pelaksana penjawat awam hanya akan menjadikan keadaan lebih rumit dan terbuka kepada salah guna kuasa,” katanya.

Menurut Razlan, cadangan mengadakan pilihan raya Datuk Bandar juga mirip kepada pilihan raya PBT yang pernah menjadi isu sebelum ini.

“Ini sudah macam pilihan raya PBT,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman Hannah yang mengarahkan kementeriannya menjalankan satu kajian mengenai kebolehlaksanaan mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Hannah dilaporkan berkata, pilihan raya Datuk Bandar dilihat lebih praktikal berbanding mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan bagi memilih ramai ahli majlis bandar raya.

Beliau turut menjelaskan struktur pentadbiran sedia ada di ibu negara melibatkan terlalu banyak unit, dengan Kuala Lumpur kini ditadbir secara serentak oleh Datuk Bandar, ahli-ahli Parlimen serta penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button