BERITA SEMASA

Danesh cipta sejarah, ahli Lembaga Pengarah UM termuda pada usia 26 tahun

KUALA LUMPUR – Bermula sebagai graduan pertama dalam keluarga ibu tunggal, Danesh Raj Nagarajan mencipta sejarah apabila dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya (UM) pada usia 26 tahun.

Pelantikan itu menjadikannya individu termuda pernah menganggotai badan pentadbiran universiti berkenaan, sekali gus menjadi pencapaian membanggakan dalam perjalanan hidupnya.

Danesh berkata, kejayaan tersebut bukan sekadar pencapaian peribadi, sebaliknya hasil pengorbanan dan ketabahan ibunya yang membesarkannya serta sentiasa mengutamakan pendidikan.

“Pencapaian terbesar bukanlah sekadar menjadi orang pertama, sebaliknya memastikan saya bukan orang terakhir dan membantu lebih ramai orang mendapat peluang untuk merasai kejayaan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau bukan sahaja berjaya menamatkan pengajian sebagai graduan pertama dalam keluarga, malah turut membantu tiga lagi ahli keluarganya melanjutkan pengajian sehingga berjaya memperoleh kelulusan universiti.

Daripada seorang kepada empat graduan, Danesh turut menjadikan pengalaman itu sebagai dorongan untuk membimbing golongan muda meneroka peluang melanjutkan pengajian tinggi.

Danesh turut berkata, kejayaan sebenar bukan hanya diukur berdasarkan jawatan atau pengiktirafan yang diterima, tetapi sejauh mana pencapaian itu mampu membuka jalan dan memberi manfaat kepada orang lain.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button