Dr Fie sah bergelar isteri Kapten Amrul Nizar
KUALA LUMPUR – Personaliti media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr Fie selamat bergelar isteri kepada usahawan, Kapten Amrul Nizar Anuar, hari ini.
Pasangan itu disatukan dalam majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 10 pagi dengan bapa Dr Fie sendiri menyempurnakan upacara berkenaan.
Dengan sekali lafaz, pasangan itu sah bergelar suami isteri, manakala Dr Fie menerima satu dinar emas sebagai mas kahwin.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Dr Fie turut meluahkan harapan agar segala urusan mereka dipermudahkan.
“Semoga Allah permudahkan semuanya. Insya-Allah,” tulisnya.
Pasangan mempelai tampil sedondon dalam persalinan serba putih pada hari bahagia mereka yang turut disaksikan ahli keluarga serta kenalan rapat.
Terdahulu, perkongsian Dr Fie di media sosial mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya apabila beliau dilihat seolah-olah memberi bayangan sudah menjadi tunangan orang.
Untuk rekod, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Nubhan pada 29 Ogos 2015 sebelum pasangan itu disahkan bercerai talak dua pada Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor.
Hasil perkahwinan terdahulu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







