Polis sahkan kucing mati putus kaki, perut terbelah di UM bukan akibat didera
KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan dua ekor kucing yang ditemui mati dalam keadaan mengerikan di Universiti Malaya (UM) adalah akibat serangan anjing liar, bukannya akibat penganiayaan manusia.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, laporan mengenai kejadian di kawasan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi itu diterima pada petang semalam.
“Pihak polis ada menerima laporan berhubung kejadian dan susulan itu, siasatan lanjut mendapati kematian kucing berkenaan akibat diserang anjing liar di kawasan itu.
“Laporan polis ini juga telah dirujuk kepada Jabatan Veterinar serta pengurusan Universiti Malaya bagi tindakan susulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, tular di media sosial sebuah hantaran mengenai penemuan dua ekor kucing dalam keadaan mengerikan di kawasan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya (UM), di mana keempat-empat kaki haiwan itu kelihatan seperti dipotong dan perutnya dibelah.
Kesatuan Pelajar UM Fakulti Perniagaan dan Ekonomi (KMUM FPE) kemudian membuat laporan polis dan menggesa pengurusan kampus mengambil serius perkara itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















