JENAYAH & MAHKAMAH

Dakwaan pukul kanak-kanak tadika, polis tahan dua wanita

SUNGAI BULOH – Polis mengesahkan penahanan dua individu susulan dakwaan empat kanak-kanak dipukul di sebuah tadika di Saujana Utama, tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kejadian dipercayai berlaku antara Julai hingga Ogos lalu membabitkan kanak-kanak berusia lima hingga tujuh tahun dan satu rakaman video sebagai bukti turut ditemukan.

“Sehingga semalam, lima laporan polis berhubung kejadian telah diterima,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan, kedua-dua suspek berkenaan merupakan penjaga kanak-kanak di premis berkenaan.

“Suspek kini direman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001. Seorang lagi individu akan dipanggil untuk diambil keterangan,” katanya lagi.

Beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan mereka yang menyebarkan berita palsu berdepan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan masih dijalankan dan sebarang maklumat berkaitan boleh disalur ke Balai Polis Saujana Utama di talian 03-60382222 dan pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Syahir Abdul Halim di talian 016-3423258,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna Thread berkongsi hantaran yang mendakwa mempunyai video anaknya dan anak orang lain disyaki didera di sebuah taska di Saujana Utama dan memaklumkan dia akan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button