CP500 dikeluarkan berdasarkan pelaporan pembayar cukai dalam BNCP – HASiL
CYBERJAYA – Notis Bayaran Ansuran (CP500) yang diserahkan kepada pembayar cukai secara berperingkat mulai Disember 2025 adalah berdasarkan pelaporan dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) yang dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).
Selaras dengan peruntukan Seksyen 107B Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, HASiL memaklumkan CP500 hanya dikeluarkan sekiranya pembayar cukai melaporkan penerimaan pendapatan daripada punca penggajian dan bukan penggajian.
Menurut HASiL, menerima aduan serta maklum balas daripada pembayar cukai yang menerima CP500 walaupun hanya mempunyai punca pendapatan penggajian.
“Berdasarkan semakan lanjut, HASiL mendapati pembayar cukai berkenaan telah membuat pelaporan yang kurang tepat dalam BNCP.
“Sebahagian pendapatan penggajian telah dilaporkan sebagai pendapatan daripada punca dividen, faedah, sewa, royalti, pencen, anuiti serta apa-apa perolehan atau keuntungan lain,” menurut HASiL dalam kenyataan hari ini.
Bagi pembayar cukai individu yang hanya mempunyai punca penggajian namun telah menerima CP500, HASiL memaklumkan mereka boleh mengemukakan Borang Permohonan Pindaan Bayaran Ansuran (CP502).
Permohonan itu perlu dikemukakan bersama borang EA/EC (Penyata Saraan Daripada Penggajian) kepada Meja Bantuan CP500 melalui e-mel di mejabantuanCP500@hasil.gov.my.
Sementars itu, HASiL turut menyarankan pembayar cukai supaya melaporkan pendapatan dalam BNCP dengan betul dan tepat bagi memastikan pengurusan cukai yang lebih cekap dan teratur.
“HASiL komited untuk terus memperkasakan sokongan serta bimbingan kepada pembayar cukai bagi memudahkan pelaksanaan tanggungjawab percukaian secara telus dan efisien,” menurut kenyataan itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















