AUTOMOTIF & TEKNOLOGIBERITA SEMASALUAR NEGARA

China bangun kereta api laju Maglev cecah 600km/j

BEIJING – China memperkenalkan prototaip kereta api terapung (Maglev) berkelajuan tinggi yang mampu mencecah 600 kilometer sejam.

Jurutera Kanan CRRC, Shao Nan berkata, prototaip yang dibangunkan CRRC Changchun Railway Vehicles itu dipamerkan sempena Kongres Kereta Api Berkelajuan Tinggi Sedunia ke-12 di Beijing yang berakhir hari ini.

“Kami masih dalam peringkat penyelidikan teknikal dan berharap pembinaan landasan komersial boleh dimulakan dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Projek itu merupakan Maglev pertama China yang menggunakan magnet superkonduktor bersuhu tinggi dan bersaiz penuh yang merupakan satu pencapaian penting dalam industri rel negara itu.

“Maglev ini disasarkan untuk menghubungkan bandar-bandar utama seperti Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Wuhan, sekali gus memendekkan masa perjalanan antara wilayah,” jelasnya.

Prototaip berukuran 29.355 meter panjang, 3.0 meter lebar dan 3.5 meter tinggi itu turut dilengkapi sistem gantungan dwimod menggunakan roda getah pada kelajuan rendah dan beralih kepada mod apungan magnetik selepas 150 kilometer sejam.

Pihak industri menyifatkan inovasi itu sebagai langkah besar ke arah pengangkutan hijau dan pintar yang lebih efisien.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button