SUKANBERITA SEMASA

Chelsea tiada masalah benam Spurs

LONDON – Walaupun dilanda pelbagai masalah musim ini, tetapi membenam Tottenham Hotspur bukan satu masalah untuk Chelsea.

Chelsea mengungguli keputusan bersih di kedua-dua perlawanan Liga Perdana Inggeris, ke atas seteru London mereka Tottenham Hotspurs musim ini.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu menewaskan Spurs 2-0 di halaman sendiri dan 4-1 di Stadium Tottenham Hotspurs pada November lalu.

Pada perlawanan malam tadi, Trevoh Chalobah meletakkan tuan rumah mendahului pada minit ke-24, melalui tandukkan deras melepasi penjaga gol, Guglielmo Vicario.

Gol kedua terhasil melalui Nicholas Jackson yang pantas menyambar peluang terhasil daripada sepakkan percuma oleh Cole Palmer yang terkena palang pada minit ke-72.

Hasil keputusan perlawanan itu melihatkan Chelsea naik ke tangga kelapan liga, manakala Spurs terlepas peluang ke tempat empat teratas untuk slot ke Liga Juara-Juara.

Sementara itu, pertahanan muda berbakat Chelsea, Alfie Gilchrist mendapati kecederaan dan dibawa keluar untuk digantikan oleh Josh Acheampong pada minit ke-85.

Pada 7 November 2023 lalu, Chelsea membenam Tottenham Hotspurs 4-1 dengan Nicholas Jackson meledak hatrik pada minit ke-75, 94 dan 97 serta melalui penalti Cole Palmer pada minit ke-35 di Stadium Tottenham Hotspurs.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button