SUKAN

The Citizens di ambang juara EPL 

LONDON – Manchester City kini di ambang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan Tottenham Hotspur, 2-0 dalam aksi perlawanan bola sepak di Stadium Tottenham Hotspur, di sini awal pagi tadi.

Dua gol yang dijaring Erling Haaland dalam minit 51 dan minit 91 separuh masa kedua itu membolehkan The Citizens kembali ke puncak liga dengan 88 mata iaitu dua mata mengatasi Arsenal di tangga kedua.

Dalam pada itu, penyokong-penyokong Citizens teruja selepas Manchester City berjaya memadamkan catatan lalu di mana mereka gagal memperoleh mata dalam empat lawatan pertama liga di stadium baharu Tottenham sebelum ke London.

Dalam situasi ini, Manchester City kendalian Pep Guardiola yang tidak tewas dalam 22 perlawanan liga itu hanya memerlukan keputusan seri dalam perlawanan terakhir menentang West Ham United di Stadium Etihad pada 19 Mei ini.

Pada masa sama, Arsenal yang merupakan pasukan asuhan Mikel Arteta yang akan melayan kunjungan Everton di Stadium Emirates pada Ahad ini perlu menang selain turut mengharapkan keajaiban The Hammers untuk mengatuk keluar The Citizens dari takhta liga.

Sementara itu, kekalahan ke-12 The Lilywhites didikan Ange Postecoglou terus memadam harapan tipis Tottenham untuk menamatkan saingan di tempat keempat dan layak ke Liga Juara-Juara selepas ia dirampas Aston Villa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button