Cayson Goh nafi hina Agong, dakwa gambar disalahguna akaun palsu
KUALA LUMPUR – Seorang pengguna media sosial, Cayson Goh tampil menafikan dakwaan mengaitkan dirinya dengan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Cayson dalam satu hantaran di media sosial mendakwa, penafian itu dibuat susulan penyebaran satu akaun Facebook palsu yang menggunakan gambarnya untuk menyebarkan kenyataan berbaur hasutan.
Menurutnya, kejadian itu bukanlah kali pertama kerana gambarnya sebelum ini pernah disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kali pertama berlaku sekitar bulan Mac, mereka gunakan gambar saya untuk membuka akaun FB dan gunakan AI mencipta video dengan gambar saya untuk promote web judi.
“Saya juga dengan segeranya membuat satu report polis mengenai kes ini. Tapi kali ni dia orang over sangat, memang biadap, sampai menggunakan gambar saya membuka akaun FB dan menghina Baginda YDP yang paling kita hormati.
“Serius, saya tak faham mana datangnya keberanian dia orang nak buat benda macam ni.
“Polis pun dah mula siasat dan harap mereka semua ini dituduh di mahkamah nanti,” tulisnya dalam satu kenyataan di laman Facebook.
Tambah Cayson, dia hanya mempunyai satu akaun FB yang sah dan mempunyai bluetick verified.
“Tolonglah, jangan rosakkan keamanan negara kita. Kita dah lama hidup aman damai, walaupun berbilang kaum dan budaya. Jangan sebab perkara bodoh macam ni, semuanya musnah.
“Untuk makluman semua sekali lagi, memang saya berasal dari Johor dan bangga sebagai Bangsa Johor,” tegasnya.
Terdahulu, pendakwah bebas, Firdaus Wong mendedahkan komen menghasut dan mendatangkan penghinaan yang ditulis dalam bahasa Cina oleh akaun FB yang didakwa milik Cayson.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








