
Caruman KWSP pekerja asing kekal 2 peratus – Menteri
PUTRAJAYA – Kadar caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja asing kekal pada dua peratus bagi pekerja dan majikan sehingga kajian lanjut dilakukan.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, perkara itu akan diperincikan dalam mesyuarat Jemaah Menteri sebelum pindaan Akta KWSP dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang kali ini.
“Langkah ini untuk memastikan keadilan dalam pasaran buruh dan memberi perlindungan sosial kepada semua pekerja, termasuk bukan warganegara, mengikut piawaian Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO),” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan cadangan mewajibkan semua pekerja asing mencarum dalam KWSP bagi memastikan layanan adil kepada semua tenaga kerja.
Kementerian Kewangan (MoF) turut mencadangkan kadar caruman KWSP diseragamkan kepada 11 peratus bagi pekerja dan 12 peratus hingga 13 peratus bagi majikan untuk kontrak pekerjaan baharu.
Bagi kontrak sedia ada, caruman akan bermula pada dua peratus dan meningkat secara berperingkat dalam tempoh enam tahun sehingga mencapai kadar penuh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








