BERITA SEMASA

Calon PN jumpa kotak undi tidak dimeterai

CYBERJAYA – Proses pengundian di sebuah pusat pengundian di Paya Terubong, Pulau Pinang digantung susulan penemuan sebuah peti undi didapati tidak dimeterai.

Peti tersebut ditemukan oleh calon Perikatan Nasional (PN) Paya Terubong, Andrew Ooi Ghee Oon ketika beliau sedang melakukan tinjauan ke lokasi mengundi tersebut.

Katanya, peti tersebut berada dalam saluran 15, di pusat mengundi SK Seri Relau.

Difahamkan, kotak berkenaan sudah mengandungi 177 kertas undi.

Katanya, disebabkan itu dia meminta proses mengundi di saluran berkenaan dihentikan buat sementara.

“Saya bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini disebabkan insiden berkenaan.

“Saya juga akan membuat satu laporan polis berhubung kejadian ini kira-kira pukul 2.30 petang hari ini,” katanya kepada portal Utusan Online ketika dihubungi, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button