BERITA SEMASA

Bumbung pusat dialisis Hospital Pasir Mas runtuh

PASIR MAS – Bahagian bumbung pusat dialisis Hospital Pasir Mas, di sini, runtuh malam tadi.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohd. Azmi Husin, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.47 malam.

“Sehubungan itu, lapan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan.

“Pemeriksaan mendapati, runtuhan itu berlaku di kawasan seluas 108 meter persegi,” katanya, hari ini.

Tambahnya, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian pada kira-kira pukul 11.45 malam itu.

Beliau kemudiannya berkata, anggota bomba kemudiannya membuat penilaian di dalam bangunan untuk memastikan supaya tiada kebakaran, letupan dan sebarang pergerakan tanah di lokasi tersebut.

“Pihak Jabatan Kerja Raya telah dimaklumkan untuk hadir ke lokasi kejadian bagi tindakan lanjut,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button