BERITA SEMASAPMX

Bukan guru tetap dari Singapura, tapi sukarelawan untuk berkhidmat di pedalaman – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kerajaan akan membawa masuk guru Bahasa Inggeris dari Singapura untuk mengajar di negara ini seperti yang dilaporkan media semalam.

Beliau sebaliknya berkata, guru-guru dari negara jiran itu adalah guru yang mahu berkhidmat sebagai sukarelawan di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Anwar berkata, perkara itu ada dibincangkan bersama rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong semasa kunjungan ke negara ini Rabu lalu.

“Bukan mahu bawa dan lantik guru bahasa Inggeris dari Singapura. Itu fakta salah.

“Saya bicarakan skim bantuan lantikan sukarelawan yang dibayar Singapura untuk mereka pergi ke kawasan miskin bandar dan kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah untuk ajar bahasa Inggeris,” katanya.

Anwar Ibrahim pada program ‘Himpunan Aspirasi Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Bersama Perdana Menteri’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi tadi.

Beliau berkata demikian dalam program ‘Himpunan Aspirasi Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Bersama Perdana Menteri’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi tadi.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) sebelum ini membuat kenyataan menolak cadangan tersebut dengan alasan negara masih mempunyai ramai guru yang berkelayakan untuk memikul tanggungjawab itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button