BUDI Diesel Individu dinaikkan kepada RM400 sebulan
PUTRAJAYA – Kadar bantuan tunai BUDI Diesel Individu dinaikkan kepada RM400 sebulan berbanding RM300 bagi bulan April.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, keputusan itu merupakan langkah yang diambil kerajaan dalam usaha menambah baik bantuan diesel kepada kumpulan sasar.
“Bantuan ini akan memanfaatkan sekitar 150,000 pemilik kenderaan diesel individu di Semenanjung Malaysia dengan dana tambahan RM15 juta sebulan.
“Pelaksanaan dan hebahan inisiatif ini akan dipantau oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa,” katanya pada sesi Taklimat Krisis Tenaga Global, di sini hari ini.
Tambah beliau, kerajaan sedang mengurus krisis ini secara aktif termasuk memastikan bekalan asas dipantau rapi.
“Namun, kita perlu memahami bahawa krisis ini berbeza daripada kejutan biasa kerana kesannya boleh datang secara berperingkat dan berlanjutan sehingga tahun hadapan.
“Oleh itu, pendekatan negara mesti bersifat realistik, berdisiplin dan berteraskan tanggungjawab bersama antara kerajaan, industri dan rakyat,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








