Buat panggilan bom palsu, penghantar makanan dipenjara sehari
IPOH – Seorang penghantar makanan yang membuat panggilan bom palsu di sebuah pusat beli-belah di sini minggu lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini.
Tertuduh, Mohammad Nasriq Samsudin, 38, didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 1, Pejabat Pengurusan AEON Klebang Mall, Ipoh Klebang, Jalan Kuala Kangsar, Chemor pada pukul 4.15 petang, 23 Ogos lalu.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan ugutan jenayah melalui telefon dengan mengatakan terdapat bom akan meletup di pusat beli belah tersebut.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mohammad Nasriq kemudiannya membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Punitha selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan penjara selama sehari berserta denda RM4,000, manakala penjara lima bulan boleh dikenakan jika gagal membayar denda.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fahmi Kamaluddin manakala tertuduh diwakili peguam, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Siti Hajar Hamzah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






