Curi kabel kereta api, kerajaan kaji tindakan lebih tegas
PADANG BESAR – Kerajaan sedang meneliti hukuman lebih tegas dikenakan terhadap pencuri kabel landasan kereta api.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi melihat keperluan memperketatkan undang-undang sedia ada untuk membendung kegiatan tersebut.
Jelas beliau, kes kecurian kabel tidak boleh dianggap sebagai jenayah biasa kerana memberi kesan besar kepada operasi perkhidmatan rel serta keselamatan pengguna.
“Kita telah berbincang dengan KDN untuk memperketatkan undang-undang terhadap kes kecurian kabel ini.
“Ia tidak boleh dilihat sebagai kes kecurian biasa kerana bukan sahaja membantutkan perkhidmatan kita, malah boleh memberi kesan kepada keselamatan orang ramai,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin – Perlis Inland Port (PIP), di sini hari ini.
Katanya, kegiatan itu telah mengakibatkan pelbagai gangguan terhadap operasi KTM Komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), khususnya di kawasan utara Semenanjung.
“Selain aspek perundangan, kementerian turut meneliti penggunaan teknologi pemantauan yang lebih berkesan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Perbadanan Aset Kereta Api,” jelasnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







