BISNES & EKONOMIDALAM NEGERI

Planworth perkenal pengesahan dokumen rasmi guna kod QR

KUALA LUMPUR – Planworth lakar sejarah sebagai syarikat pertama dalam industri pembiayaan alternatif di Malaysia yang melancarkan sistem pengesahan dokumen menggunakan Kod QR.

Kemudahan yang ditawarkan itu kini membolehkan pengesahan dilakukan secara serta-merta dan selamat hanya dengan satu imbasan, sekaligus menjadi penanda aras baharu dalam aspek ketelusan dan keselamatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Planworth, Datuk Andy Kuek berkata, inisiatif itu diperkenal ekoran permintaan tinggi daripada pelanggan terhadap Surat Sokongan Kewangan bagi meningkatkan keyakinan pengeluar kontrak.

Katanya, teknologi pengesahan dokumen menggunakan kod QR telah lama diamalkan di peringkat antarabangsa termasuk di Singapura, Eropah dan Amerika Syarikat melibatkan pihak swasta dan kerajaan.

“Penggunaan Kod QR untuk pengesahan dokumen telah menjadi amalan biasa di peringkat global. Dengan pelaksanaan ini, Planworth bukan sahaja meningkatkan kecekapan urusan, malah turut mengurangkan risiko pemalsuan dokumen,” katanya dalam kenyataan.

Andy Kuek

Andy berkata, pengenalan kaedah inovatif itu pada masa sama meningkatkan kredibiliti syarikat di mata pelanggan, rakan niaga dan komuniti perniagaan.

Katanya, sebagai peneraju industri dalam membentuk ekosistem pembiayaan yang lebih kukuh dan telus di Malaysia, Planworth sentiasa mencari alternatif baharu untuk memberi perkhidmatan yang lebih bernilai.

“Dengan hanya satu imbasan menggunakan peranti mudah alih, pelanggan dan rakan niaga kini boleh mengesahkan ketulenan dokumen Planworth secara serta-merta melalui portal pengesahan digital syarikat yang selamat.

“Ini bukan sahaja mempercepatkan proses pengesahan, malah direka khas untuk mengurangkan risiko pemalsuan dan penyalahgunaan dokumen, sekaligus melindungi kepentingan pelanggan serta pengeluar kontrak dan memperkukuh keyakinan dalam setiap transaksi.

“Usaha ini juga sebahagian daripada sokongan aspirasi negara ke arah pendigitalan sektor kewangan dan perniagaan tempatan. ” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button