BERITA SEMASALUAR NEGARA

AS mungkin guna tarif desak sokongan isu Greenland – Trump

WASHINGTON – Amerika Syarikat memberi bayangan akan mengenakan tarif perdagangan terhadap negara-negara yang enggan menyokong hasratnya berkaitan Greenland, dengan alasan kepentingan keselamatan nasional.

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Donald Trump ketika berucap pada satu acara mengenai penjagaan kesihatan luar bandar di White House semalam.

Ini merupakan kali pertama beliau mengaitkan isu tarif sebagai tekanan untuk mendapatkan sokongan antarabangsa terhadap rancangan tersebut.

“Saya tidak menolak kemungkinan mengenakan tarif kepada negara yang tidak bersetuju mengenai Greenland, kerana wilayah itu penting untuk keselamatan negara kami,” katanya lapor Reuters.

Bagaimanapun, Trump tidak menjelaskan negara mana yang bakal terkesan atau mekanisme sebenar pelaksanaan langkah berkenaan.

Kenyataan terbaharu itu dijangka mencetuskan perhatian dan reaksi global, memandangkan Trump sebelum ini pernah menyatakan minat Amerika Syarikat untuk menguasai Greenland, sebuah wilayah autonomi di bawah Denmark, atas faktor strategik dan keselamatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button