BERITA SEMASA

Seorang lelaki maut dalam kebakaran kondominium di Mont Kiara

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut dalam kebakaran yang melanda sebuah unit kondominium di Tiffani Kiara, Mont Kiara malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 sebelum bergegas ke lokasi.

“Kebakaran berlaku di sebuah unit tingkat 26 kondominium berkenaan.

“Usaha memadam kebakaran dan operasi menyelamat terjejas akibat sistem pencegahan kebakaran bangunan yang tidak berfungsi, menyebabkan anggota bomba terpaksa menggunakan dua pam mudah alih dan pam jentera bomba untuk menyalurkan air ke tingkat terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan penyelamat menemui mangsa di balkoni unit tersebut dengan kesan melecur di seluruh badan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.

Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 2.03 pagi, dengan anggaran keluasan unit yang musnah sekitar 1,500 kaki persegi.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memastikan sistem keselamatan bangunan berfungsi dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak insiden serupa berulang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button