Nahas UPSI: Barangan milik pelajar terkorban dihantar pulang
TANJUNG MALIM – Semua barangan milik 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas bas di Gerik telah dihantar pulang kepada waris masing-masing.
Perkara itu dimaklumkan melalui satu hantaran di Facebook rasmi UPSI.
“Alhamdulillah, proses penghantaran barangan ke rumah pelajar UPSI di Besut. Terima kasih sukarelawan siswa UPSI atas jasa dan pengorbanan kalian,” tulisnya.

Beberapa gambar yang dimuatnaik menunjukkan pelbagai jenis barang termasuk bagasi, kotak, beg dan beberapa buah motosikal dimuatkan di dalam sebuah lori.
Proses penghantaran barangan tersebut diuruskan oleh sekumpulan pelajar UPSI dengan seliaan kakitangan universiti berkenaan.
Hantaran itu meraih lebih 1,000 reaksi, 32 komen dan 57 perkongsian semula.
BACA : Syahid menuntut ilmu: Penghormatan terakhir buat 15 pelajar UPSI
“Entah kenapa setiap kali posting berkaitan kemalangan bas UPSI lalu di wall, air mata bergenang tanpa gagal. Mungkin kerana semangat anak kandung suluh budiman masih tebal di jiwa. Salam takziah. Al-Fatihah,” komen Noor Saera Hashim.
“Sedih tengok barangnya,” luah Che Wan Ridzuan pula.
“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah,” tulis Sharizan Shahrani.
Dalam tragedi pada awal pagi Isnin lalu, seramai 15 pelajar UPSI disahkan maut apabila bas yang dinaiki mereka terbabas selepas melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














One Comment