Akaun WhatsApp Menteri Dalam Negeri digodam
PUTRAJAYA – Akaun WhatsApp milik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab hari ini.
Menurut kenyataan rasmi Pejabat Menteri Dalam Negeri, perkara itu telah pun dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan sebarang mesej atau panggilan yang mendakwa daripada Saifuddin, terutamanya yang berkaitan urusan kewangan atau temujanji.
“Kami amat kesal dengan tindakan penggodam ini dan menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada terhadap penipuan menerusi aplikasi media sosial,” menurut kenyataan itu.
Orang awam juga digalakkan untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi membanteras sindiket penipuan siber yang semakin berleluasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








