
16 pelajar MRSM Johor Bahru disyaki keracunan makanan
JOHOR BAHRU – Kira-kira 16 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru disyaki keracunan makanan setelah mengalami simptom muntah, cirit-birit, dan demam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Ling Tian Soon berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira pukul 2 petang tadi.
“Sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada pihak MRSM, Pejabat Kesihatan Johor Bahru telah diarahkan untuk mengambil tindakan lanjut dengan segera.
“(Buat masa ini) 16 pelajar yang menunjukkan simptom telah dihantar ke pelbagai fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.
“Pada masa yang sama, Bahagian Keselamatan Makanan Johor Bahru dari Pejabat Kesihatan Daerah telah pergi ke MRSM untuk menjalankan siasatan,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran JumpX di sebuah pusat beli-belah, di sini hari ini.
Beliau berkata, kejadian dipercayai bermula malam semalam dan menjelang petang tadi, jumlah pelajar yang menunjukkan simptom sudah mencecah 16 orang.
Punca sebenar keracunan masih belum dikenal pasti, namun ia dipercayai berpunca daripada makanan yang disajikan di kantin, dan sampel akan diambil oleh pihak kesihatan untuk ujian lanjut.
“Pejabat kesihatan akan mengambil sampel makanan dari kantin serta menemubual pelajar yang terjejas untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan siasatan lanjut.
“Buat masa ini, kami menasihatkan supaya operasi kantin dihentikan sementara untuk kerja-kerja pembersihan, dan hanya dibenarkan beroperasi semula selepas mendapat kelulusan daripada pihak kesihatan,” katanya lagi
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |