BERITA SEMASADALAM NEGERI

Bekas wartawan sambilan NSTP meninggal dunia akibat serangan jantung

PUTRAJAYA – Bekas wartawan sambilan The New Straits Times Press (NSTP), Suzaini Sulaiman, meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Putrajaya, malam tadi.

Suzaini, 52, yang pernah berkhidmat sebagai wartawan sambilan NSTP di Biro Shah Alam sekitar tahun 2006 hingga 2007 bagi kawasan Kuala Selangor menghembuskan nafas terakhir selepas dimasukkan ke hospital susulan serangan jantung.

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi APM, yang turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed dan seluruh warga kerja menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh,” menurut kenyataan itu.

Sebagai rekod, Allahyarham menyertai APM Daerah Kuala Selangor pada Ogos 2017 sebelum bertugas di Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button