Ketua Pemuda PAS Johor meninggal dunia akibat kemalangan
JOHOR BAHRU – Naib Ketua Pemuda PAS Johor, Muhammad Ariff Haron dilaporkan maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), semalam.
Mangsa yang berusia 33 tahun difahamkan sedang dalam perjalanan menghadiri program Permukiman Pemuda PAS Negeri Johor di Pagoh.
Terdahulu, Allahyarham sempat menghantar isterinya dan tiga anak kecil ke rumah mentua di Ulu Tiram dengan kereta sebelum menunggang motosikal ke program berkenaan.
Ketua Pemuda Pas Johor, Mohd Ridhwan Salamun, mengesahkan pemergian Allahyarham Ariff.
“Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, rakan seperjuangan serta seluruh warga PAS Johor,” katanya.
Menurut Ridhwan, Allahyarham yang juga pengetua Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam di Johor, telah dikebumikan semalam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








