LUAR NEGARA

Bekas PM UK dilantik penasihat Microsoft, Anthropic

LONDON – Bekas Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak, dilantik sebagai penasihat kanan Microsoft dan syarikat pemula kecerdasan buatan (AI), Anthropic.

Sunak, yang masih memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen UK, pernah bekerjasama dengan kedua-dua syarikat teknologi itu semasa menjadi Perdana Menteri UK, termasuk menganjurkan Sidang Kemuncak Keselamatan AI pada tahun 2023, lapor BBC.

Bekas pemimpin Parti Konservatif itu berkata, beliau “sudah lama percaya bahawa teknologi akan mengubah dunia kita,”

“Dalam peranan saya sebagai penasihat kanan, saya mahu membantu syarikat-syarikat ini memastikan perubahan yang berlaku membawa manfaat sebenar dalam kehidupan kita semua,” tambahnya.

Sunak akan menyumbangkan pendapatan daripada kedua-dua jawatan itu kepada The Richmond Project, satu badan amal yang diasaskannya bersama isterinya, Akshata Murty, yang memiliki pegangan dalam syarikat teknologi Infosys yang diasaskan bapanya.

Menurut Jawatankuasa Penasihat UK mengenai Pelantikan Perniagaan (ACOBA), kedua-dua syarikat tersebut sudah menyatakan pendirian bahawa Sunak “akan diasingkan sepenuhnya daripada sebarang aktiviti melobi”, termasuk dengan kerajaan UK.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button